Uploaded with ImageShack.us

Friday, December 31, 2010

jENiS dARaH daN DiET yg SeSUaI......

Dalam dunia ni, terdapat 4 golongan darah....ada yg jenis A, B, AB dan O....mengikut kajian Peter D' Adamo, pengaji nutrisi, kestabilan kesihatan tubuh manusia mampu di capai jika kita amalkan pemakanan mengikut jenis darah....oleh itu, cepat2lah check dan tau jenis darah anda supaya dpt amalkan pemakanan yg sesuai....



Jenis A : digalakkan utk setia dgn sayur dan buah-buahan. amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak. kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding darah jenis lain. mempunyai sistem imunisasi tubuh yg sensitif dan tidak digalakkan utk mengambil produk tenusu, lemak haiwan dan daging. berisiko mndpt penyakit diabetes, kanser dan gejala kardiovaskular yg lemah.

Jenis B : perlu mengamalkan pengambilan makanan yg seimbang iaitu sayur, buah-buahan, bijiran dan ikan. jauhi daging ayam. pemilik darah jenis ini mudah diserang penyakit jantung, kerosakkan hati dan kanser.

Jenis AB : setiap kali makan ambillah makanan yg berasaskan sayur-sayuran. sesekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

Jenis O : harus setia dgn diet tinggi protein. banyakkan pengambilan daging merah, makanan rendah karbohidrat dan banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. pemilik darah jenis ini dinasihatkan utk mengehadkan pengambilan makanan berasaskan gandum, jagung dan elakkan produk tenusu dan kekacang. cenderung mengalami masalah tiroid, gastrik, ulser dan mempunyai cairan darah paling minimum.

smoga ilmu ini bermanfaat dan dpt dimanfaatkan oleh semua.....jadilah warga MALAYSIA YANG SIHAT.....hehehe....~_~

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes