Uploaded with ImageShack.us

Friday, December 31, 2010

dEmi MAsA.......

Bismillahirrahmanirrahim......

Mggu ni nak nak sampaikan pesanan kat kwn2 dan juga diri sendiri....igt mengingatkan antara 1 sama lain....menjadi tanggungjawab setiap org yg beragama ISLAM, cuma caranya berbeza bg setiap org...hehehe....

“Demi masa. Sungguh, manusia barada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan (amal soleh) serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

(Surah Al-‘Asr 103 : 1-3)

Saya percaya setiap org Islam pernah membaca surah ini....dlm ayat ni byk pesanan dan peringatan daripada ALLAH kepada manusia...

Dalam ayat ini, perkara yg dititikberatkan ialah MASA. Sesungguhnya MASA itu sgt penting dan berharga. Setiap org di dunia ini dikurniakan 24 jam sehari. Masa yg tlh berlalu tidak akn dtg kembali. Tetapi masa sedia ada dan akan dtg perlulah digunakan dgn sebaiknya. Dalam ayat ini ada disebutkan bahawa manusia itu berada dlm kerugian. Jika kita lihat manusia pd hari ini, byk org yg melakukan perkara yg sia2. Tidak membawa manfaat kpd diri, keluarga dan juga masyarakat.

Namun begitu, masa yg ada akan bermanfaat dan berguna bg org yg beriman dan mengerjakan kebajikan. Iman merujuk kepada org yg membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Kebajikan pula ialah melakukan amal soleh seperti solat, menderma, berpuasa, membantu org yg dlm kesusahan dan sebagainya. Namun begitu, amal kebajikan yg dilakukan hanyalah memberi kesan untuk dirinya sendiri.

Mengajak atau menyampaikan perkara yg baik menjadi tanggungjawab seorang muslim. Namun begitu, cara menyampaikannya adalah berbeza bg setiap org. Dan cara penerimaan seseorang itu juga berbeza. Untuk mengajak seseorang ke arah kebaikan, kesabaran yg tinggi amat diperlukan. Kita boleh mengambil contoh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Baginda amat bersabar dgn kaum musyrikin Makkah. Walaupun diuji dgn pelbagai cara Baginda tidak tunduk dan mengalah. Dan itujuga diperlukan oleh umat manusia pd hari ini.

Itu sahaja coretan utk mggu ini. Jika ada komen blh lah taip kat shout box tu...hehehe...

Di kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI....2011 dtg menjengah...byk lg yg perlu diterokai....~_~

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes