Uploaded with ImageShack.us

Saturday, August 20, 2011

bUBuR lAMbUK......

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah, syukur rasa nya kpd Allah kerana masih diberi kesempatan utk berpuasa pd hari ke-20...hari ni just nak cite pasal diri sendri jerk...huhuhu...xtau nak cite ape lg....

Bertarikh 13 Ogos 2011 / 13 Ramadhan 1423 (hari Sabtu), aku ade join 1 program iaitu membuat bubur lambuk....alhamdulillah, program bubur lambut ni telah dianjurkan oleh HOSPITAL PANTAI Batu Pahat (berhampiran Taman Koperasi)....ni la kali PERTAMA aq join program buat bubur lambuk...sebelum ni hanya tau dah siap n tinggal mkn jerk...huhuhu....

Program membuat bubur lambuk ni telah disertai lebih kurg 8 org wakil termasuk aq dari TAMAN DATO' ABDUL RAHMAN JAAFAR....dan sebanyak 4 periuk besar (kapasiti lebih kurg 250 bgkus seperiuk) dimasak oleh kami berlapan dan dibantu oleh beberapa wakil dari HOSPITAL PANTAI....program dimulakan dari pukul 7.30 pagi dah siap mengemas lebih kurg kol 4 ptg....

Kat bawah ni adalah sikit gambar sepanjang program tu...JOM TENGOK!!!!!



















itu jerkla nak cite malam ni...hehehe...SELAMAT MENYAMBUT 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN.....
~_~

Thursday, August 18, 2011

kAteGOrI KeMAtiAn yG mULiA.........

Beberapa bulan yang lalu negara kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Selangor yg meragut nyawa anak-anak yatim. Amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga yang terlibat. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab. 

Memang sedih apabila mendengar pemergian seseorang yang kita sayangi, tapi bagi yang mengetahui kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu MATI SYAHID. 



Hal ini kerana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid bagi anak-anak yatim ini. Di sini saya menyenaraikan 10 kategori kematian yang mulia.

PERTAMA: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan) 

KEDUA: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
 

KETIGA: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
 

KEEMPAT
: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171) 

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
 

KELIMA: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
 




Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
 

KEENAM: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
 

KETUJUH: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
 

KELAPAN dan KESEMBILAN: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
 




KESEPULUH: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
 






Mudah-mudahan kita semua mati dalam kategori kematian yang mulia.....aminnnnn....




Monday, August 8, 2011

kISaH TeMBiKai.......????

Bismillahirrahmanirrahim..........

Hari ni nak berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan...jom baca kisah kat bawah ni....


Pada suatu hari yang indah dan tenang, di sebuah rumah terdapat sepasang suami isteri sedang berehat sambil bersantai meminum kopi. Sedang mereka berehat-rehat, si isteri pun berkata, "Abang, saya tetiba terasa nak makan tembikai la, teringin sangat. Boleh abang carikan untuk saya, esok?". Si suami pun membalasnya, "Insya'Allah, abang carikan untuk sayang esok. Sayang tunggu kat rumah eh..."







Pada keesokkan harinya, si suami pun pergi mencari buah tembikai yang dimahukan isterinya. Si suami ini mencari kedai yang menjual buah tembikai yang terbaik daripada yang baik-baik belaka. Semasa tiba di kedai buah itu, si suami pun bertanya, "Tauke, buah ini banyak baik ke? banyak manis tak?". Tauke tu pun menjawab, "Buah ini banyak manis. Banyak baik. Gred A. Mau berapa biji?" Si suami, "1 biji cukuplah tauke. Orang rumah mengidam la pulak. Terima kasih tauke. "








Sampai sahaja di rumah, si suami pergi kepada isterinya dan memberikan buah tembikai yang diidam oleh isterinya. Dengan segera, isterinya terus membelah buah tembikai dengan niat untuk memakannya. Setelah membelahnya, isterinya mendapati buah tembikai itu busuk dan berulat. Dengan hati yang panas dan nada suara yang TINGGI, si isteri berkata kepada suaminya, " Abang, kenapa beli buah tembikai yang dah rosak? Saya kan nak buah tembikai yg baik. Abang beli kat mana tembikai ni? Mesti beli kat kedai sembarangan ni. tak periksa dulu ke buah tembikai ni? Kat mana la penjual ni tanam buah tembikai ni."

Si suami pun memeriksa tembikai tersebut lalu berkata kepada isterinya dengan nada lembut dan sopan. Katanya, " Sayang, adakah sayang marah kepada Pencipta kita? Pencipta yang mencipta apa yang ada di langit dan bumi. Pencipta yang mencipta pelbagai nikmat kepada makhluk-Nya. Sesungguhnya, dengan nada yang tinggi itu, betullah bahawa sayang telah marah kepada Pencipta kita. Tahukah sayang kenapa abang berkata begitu? Kerana kita sebagai PEMBELI mengharapkan buah tembikai yang baik daripada PENJUAL. Manakala PENJUAL mengharapkan buah tembikai yang baik daripada PETANI, dan PETANI mengharapkan hasil tanamannya yang baik tumbuh subur. Tahukah sayang siapakah yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan? Tuhan yang mencipta seluruh alam, ALLAH S.W.T."

Ini hanyalah rekaan sahaja....tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati.....semoga memberi pengajaran kepada kita semua....

Sunday, August 7, 2011

10 oRAnG yAng........................................


Bismillahirrahmanirrahim.......

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan hidup di atas dunia hingga ke hari ini. Kepada rakan-rakan semua,anda apa khabar??? Saya mendoakan kalian sihat-sihat selalu. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada kita semua. Hari ni cuma nak post artikel yg kemungkinan rakan-rakan semua dah tahu dan dah ingat. Tapi tak salah kan kalau post jgk. hehehe. Hari nak post berkenaan 10 Sahabat Rasulullah Yang Di jamin Syurga.

10 Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga berdasarkan hadits berikut: Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH“ dari sahabat Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah ra dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar kabar gembira?”Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat kabar gembira masuk surga, yaitu : Ayahmu masuk surga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk surga dan kawannya Nuh; Utsman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk surga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk surga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk surga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk surga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”





Kisah ringkas 10 Sahabat

1. Abu Bakar bin Abi Qohafah (Assiddiq), adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeda keluarga. Bila Abu Bakar berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi. Abu Bakar adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Walaupun beliau seorang yang kaya dan pengaruhnya besar tetapi beliau memiliki akhlaq yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah sehingga tak heran kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah wafat. 
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)
Walaupun menjadi Khalifah dalam masa yang singkat, Abu Bakar telah banyak memperbaharui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang tidak mahu membayar zakat. Pada masa pemerintahannya juga penulisan AlQur’an dalam lembaran-lembaran dimulai.
2. Umar Ibnul Khattab, beliau berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW dan masih satu datuk yakni Ka’ab bin Luai. Umar masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah dan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun ke-6 kenabian dan sebelum Umar telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang masuk Islam. Di kaumnya Umar dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta bersifat kasar. Setelah Umar masuk Islam, da’wah kemudiannya dilakukan secara terang-terangan, begitupun di saat hijrah, Umar adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Beliau sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar tak seorangpun yang berani membuntuti apalagi mencegah Umar. 
Sebagai khalifah, Umar adalah seorang yang sangat mementingkan kesejahteraan ummatnya. Hampir setiap malam beliau berkeliling khuatir masih ada yang belum dipenuhi keperluan rakyatnya. Beliau juga meluaskan empayar Islam ke luar jazirah Arab.
3. Uthman bin Affan, sebuah Hadith yang menggambarkan peribadi Uthman : “Orang yang paling kasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi) Uthman adalah seorang yang sangat dermawan. Uthman pernah membiayai persiapan sebuah pasukan. Setelah kaum muslimin berhijrah, saat kesulitan air, Uthmanlah yang membeli telaga dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Uthman merintis penulisan Al Qur’an dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar.
4. Sahabat berikutnya adalah Ali bin Abi Thalib, pemuda pertama yang masuk Islam, beliau yang menggantikan tempat tidur Rasulullah saat Baginda berhijrah. Ali dinikahkan oleh Rasulullah dengan puteri kesayangannya Fatimah. Ali sangat sederhana kehidupannya.
5. Sahabat kelima yang dijamin masuk syurga ialah Thalhah bin Ubaidillah. Semasa peperangan Uhud, beliau terkena lebih dari 70 tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Thalhah yang berperawatakan kekar serta sangat kuat inilah yang melindungi Rasulullah disaat-saat genting. Beliau memapah Rasulullah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana berfikir Rasulullah telah wafat. Saat itu Thalhah berkata kepada Rasulullah, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Thalhah kebajikan.” Sejak itu Thalhah mendapat julukan Burung Helang hari Uhud. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”
6. Azzubair bin Awwam, beliau adalah sahabat karib kepada Thalhah. Beliau muslim pada usia 15 tahun dan berhjrah pada umur 18 belas tahun, dengan seksaan yang di terima dari pamannya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibn Awwam pertama dilihat dalam Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibn Ash. Azzubair ibn Awwam berjaya menombak kedua matanya sehingga akhirnya Ubaidah tersungkur tak bergerak lagi Hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibn Awwam. Baginda pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibn Awwam.” Azzubair ibn Awwam adalah suami kepada Asma binti Abu Bakar yang menghantarkan makanan kepada Rasulullah saat beliau berhijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar, saat panglima perang menghadapi tentera Romawi di Mesir, Amr bin Ash meminta tentera bantuan pada Amirul Mu’minin. Umar mengirimkan empat ribu tentera yang dipimpin oleh empat orang komander, dan Umar menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin empat orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang. Tahukah anda siapa empat orang komander itu? Mereka adalah Ubadah ibn Assamit, Almiqdaad ibn Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.
7. Abdurrahman bin Auf, adalah seorang pedagang yang berjaya, namun saat berhijrah beliau meninggalkan semua harta yang telah diusahakan sekian lama. Namun, apabila tiba di Madinah beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya. Di saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat empat ratus dinar, sedang yang masih hidup diwaktu itu sekitar seratus orang, termasuk Ali dan Uthman. Beliaupun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga.”
8. Sahabat yang disebutkan berikutnya adalah Saad bin Abi Waqqash, orang pertama yang terkena panah fisabilillah. Sewaktu keislamannya, beliau sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya.
9. Said bin Zaid, adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh bihayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan murah tangan.
10. Nama terakhir yang meraih jaminan syurga adalah Abu Ubaidah Ibn Jarrah, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya dalam perang Badar, sehingga Allah menurunkan QS Al Mujadilah : 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang menempel pada kedua rahang Rasulullah, dan dengan begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah mendapat gelaran dari Rasulullah sebagai pemegang amanat ummat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang amanat ummat ini adalah Abu Ubaidah Ibn Jarrah.”

ini lah serba sedikit cerita berkenaan para sahabat yang dijamin syurga. Pernahkah kita berfikir, adakah kita sekuat dan sehebat semua sahabat ini? Renungkan dan muhasabah diri kita. Assalamualaikum.....~_~
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes