Uploaded with ImageShack.us

Friday, January 14, 2011

JeRSi bOLa SePAk.......

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.........~_~
Minggu ni nak bercerita sedikit berkenaan jersi bola sepak. Sekadar perkongsian utk kwn2 semua. Apa yg boleh diambil menjadi manfaat, jadikanlah amalan dan peringatan untuk kita semua.

SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah seseorang itu fanatik terhadap pasukan pilihannya, khususnya dari Eropah. Kerana sifat fanatik ini, ramai yang sanggup membeli aksesori pasukannya itu, setidak-tidaknya memiliki jersi pasukan kegemaran mereka.
Namun, dalam menzahirkan perasaan fanatik terhadap pasukan yang diminati itu, ramai yang ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan.
 Perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang TIDAK DIBOLEHKAN bagi seorang Muslim. Ini disebabkan seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan ini.
Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”





                                                     Contoh-contoh Jersi Bola Sepak

Dalam isu pemakaian  jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang alib atau bukan. Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.

Seperti Manchester United yang sinonim dengan bentuk syaitan,peminat bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, malah ada segelintirnya mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya. Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.

Selain itu, pengharaman  adalah muktamad bagi mana-mana pakaian yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Kesimpulannya, apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu. Oleh itu, kita sebagai seorang Muslim perlulah berhati-hati dlm perbuatan kita seharian. Elakkanlah perkara2 syubhah.
Ayat dlm petikan ini telah diubah....sumber dari Harian Metro......~_~

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes