Uploaded with ImageShack.us

Monday, August 8, 2011

kISaH TeMBiKai.......????

Bismillahirrahmanirrahim..........

Hari ni nak berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan...jom baca kisah kat bawah ni....


Pada suatu hari yang indah dan tenang, di sebuah rumah terdapat sepasang suami isteri sedang berehat sambil bersantai meminum kopi. Sedang mereka berehat-rehat, si isteri pun berkata, "Abang, saya tetiba terasa nak makan tembikai la, teringin sangat. Boleh abang carikan untuk saya, esok?". Si suami pun membalasnya, "Insya'Allah, abang carikan untuk sayang esok. Sayang tunggu kat rumah eh..."







Pada keesokkan harinya, si suami pun pergi mencari buah tembikai yang dimahukan isterinya. Si suami ini mencari kedai yang menjual buah tembikai yang terbaik daripada yang baik-baik belaka. Semasa tiba di kedai buah itu, si suami pun bertanya, "Tauke, buah ini banyak baik ke? banyak manis tak?". Tauke tu pun menjawab, "Buah ini banyak manis. Banyak baik. Gred A. Mau berapa biji?" Si suami, "1 biji cukuplah tauke. Orang rumah mengidam la pulak. Terima kasih tauke. "








Sampai sahaja di rumah, si suami pergi kepada isterinya dan memberikan buah tembikai yang diidam oleh isterinya. Dengan segera, isterinya terus membelah buah tembikai dengan niat untuk memakannya. Setelah membelahnya, isterinya mendapati buah tembikai itu busuk dan berulat. Dengan hati yang panas dan nada suara yang TINGGI, si isteri berkata kepada suaminya, " Abang, kenapa beli buah tembikai yang dah rosak? Saya kan nak buah tembikai yg baik. Abang beli kat mana tembikai ni? Mesti beli kat kedai sembarangan ni. tak periksa dulu ke buah tembikai ni? Kat mana la penjual ni tanam buah tembikai ni."

Si suami pun memeriksa tembikai tersebut lalu berkata kepada isterinya dengan nada lembut dan sopan. Katanya, " Sayang, adakah sayang marah kepada Pencipta kita? Pencipta yang mencipta apa yang ada di langit dan bumi. Pencipta yang mencipta pelbagai nikmat kepada makhluk-Nya. Sesungguhnya, dengan nada yang tinggi itu, betullah bahawa sayang telah marah kepada Pencipta kita. Tahukah sayang kenapa abang berkata begitu? Kerana kita sebagai PEMBELI mengharapkan buah tembikai yang baik daripada PENJUAL. Manakala PENJUAL mengharapkan buah tembikai yang baik daripada PETANI, dan PETANI mengharapkan hasil tanamannya yang baik tumbuh subur. Tahukah sayang siapakah yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan? Tuhan yang mencipta seluruh alam, ALLAH S.W.T."

Ini hanyalah rekaan sahaja....tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati.....semoga memberi pengajaran kepada kita semua....

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes