Uploaded with ImageShack.us

Sunday, December 5, 2010

CElaAN MenJaDI kEbaNgKItaN.....

Bismillahhirrahmanirrahim.......

Insya'ALLAH hari ni sy nak bercerita serba sedikit tokoh Islam yg bangun hasil celaan seseorang....semoga kita dpt beroleh manfaat, pengajaran dan contoh drpd tokoh2 tersebut.....

Nama yg diberikan ialah Ahmad bin Muhammad bin Salamah al-Tahawi dan dilahirkan di desa Taha pd thn 237 hijrah. Gelarannya ialah Abu Ja'far. Terkenal sbg seorang faqih mazhab Hanafi sekali gus seorg ahli hadis yg bergelar al-Hafiz.

Pd awlnya, beliau hy seorg pemuda biasa dan bukan pengikut mazhab Hanafi, akn tetapi pengikut mazhab Syafi'i. Beliau mempelajarinya drpd bapa saudaranya, Abu Ibrahim al-Muzani, seorg murid Imam Syafi'i.

Pd 1 hari, Abu Ja'far byk melakukan kesilapan dlm membaca kitab fiqah di hadapan bapa saudaranya. Al-Muzani mencela dan memakinya. Dalam emosi, bapa saudaranya bersumpah, "Demi ALLAH, engkau tidak akan berjaya dalam pelajaran!"

Mendengar celaan dan makian itu, Abu Ja'far mnjadi sgt marah. Beliau meninggalkan majlis al-Muzani dan beralih kpd Ibn Abi Imran utk mengaji fiqah Hanafi. Kekesalannya dek celaan al-Muzani membakar semagatnya utk belajar dgn penuh kesungguhan.

Hasilnya, al-Tahawi tampil sbg ulama terkemuka sekali gus mnjdi pembela mazhab Hanafi terbesar hgga ke hari ini. Kepakarannya dlm hadis membuatkan ijtihad2 Imam Abu Hanifah yg sebelumnya dikenal sbg ahl al-ra'yi kelihatan sgt dekat dgn hadis Nabi s.a.w.

Al-Muzani tlh lme wafat apabila Abu Ja'far al-Tahawi mnjadi ulama besar. Abu Ja'far berkata, " Semoga ALLAH merahmati Abu Ibrahim al-Muzani. Andai beliau masih hidup saat ini,beliau perlu membayar kaffarah untuk menebus sumpahnya."

Begitulah kisah seorang ulama Islam terkenal yg berjaya. Beliau bangkit selepas dicela dan dimaki oleh seseorang. Menjadikan celaan dan makian itu sebagai pemangkin atau semagat untuk lbih berjaya pada hari yg mendatang...bersama-samalah kita renungkan.....~_~

SUMBER : SOLUSI ISU KE-25

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes