Uploaded with ImageShack.us

Sunday, March 20, 2011

SYABAB MUSAFIR KASIH

Syabab seorang anak yatim yang hidup dalam kesusahan bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain. Syabab berusaha sendiri bagi mencari sesuatu yang dapat mengisi perutnya apabila dia lapar.  Dia seakan hilang arah apabila selalu disisihkan oleh masyarakat setempat. 

Namun, kehadiran Nur Mumtazah, jiran tetangganya, banyak membantunya mengharungi dugaan hidup. Nur Mumtazah seorang siswi di sebuah universiti terkemuka banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya. Namun, Nur Mumtazah tidak selalu berada disisi Syabab. Selepas tamat pengajian, Nur Mumtazah melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Di sebabkan ketiadaan Nur Mumtazah, Syabab semakin lupa diri. Lupa pada apa yang telah diajar oleh jirannya itu. Dia semakin lalai.

Selepas tamat, Nur Mumtazah pulang ke kampungnya bersama suami dan anak-anaknya. Melihat akan perubahan Syabab, Nur Mumtazah segera membawanya ke pangkal jalan. Namun banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Pemergian ibunya, telah menyedarkan Syabab. Dengan bantuan Nur Mumtazah dan suaminya, Syabab telah pergi ke Syria untuk memenuhi dadanya dengan ilmu-ilmu agama. Kini, telah sampai masanya untuk dia mencari seorang isteri yang dapat bersamanya. Namun, siapakah yang berjaya mencuri hatinya?

Novel ‘Syabab Musafir Kasih’ memberikan pelbagai kejutan kepada sesiapa yang membaca. Novel ini memberikan sedikit gambaran mengenai cara hidup Islam. Saya cadangkan anda membeli novel ini...SELAMAT MEMBACA!!!!

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes