Uploaded with ImageShack.us

Monday, December 6, 2010

pUNca JeNAyaH

Bismillahirrahmanirrahim.........

Pada hari ni byk kita lihat jenayah yg berlaku disekeliling kita....ragut,rogol,sumbang mahram,bohsia dan lain-lain lg merupakan 1 masalah besar bg masyarakat hari ni....byk sbb dan punca terhadap permasalahan ini....Marilah kita fikir2kan dan perbetulkan diri kita supaya mnjdi insan yg bertaqwa.....

Pertama : Hawa Nafsu

Imam al-Ghazali dlm kitabnya Minhaj al-Abidin mencatat: "Kamu hendaklah mengawasi daripada nafsu amarah yg mendorong kejahatan kerana ia sebesar-besar musuh dan balanya paling sukar untuk dielakkan."

Imam al-Ghazali juga berkata' "Awal maksiat kepada Allah s.w.t. daripada iblis dan sebabnya selepas qadak yang terdahulu ialah hawa nafsu dengan takabbur dan hasad dengki."

Kedua : Syaitan

Firman Allah s.w.t. : "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!" (Surah Yasin ayat 60)
Kata Yahya bin Mu'az al-Razi, " Syaitan mempunya masa lapang sedangkan kamu sibuk. Dia melihat kamu sedangkan kamu tidak melihat dia. Kamu lupa kepadanya sedangkan dia tidak lupa kepadamu. Dan nafsumu membantu syaitan. Justeru semestinya kamumemerangi syaitan, jika tidak nescaya kamu binasa.'


Ketiga : Rakan Taulan

Pujangga berkata : "Kamu tidak perlu ceritakan siapa kamu, tetapi cukup terangkan siapa kawanmu, nescaya aku kenal siapa kamu."

Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud : "Manusia atas agama rakannya, maka lihatlah kamu siapa yang menjadi rakannya."

Keempat : Dunia

Imam Ahmad bin Sahl al-Balkhi berkata: "Musuhmu yang sebenar ada empat iaitu:
1. Dunia. Senjatanya makhluk dan penjaranya uzlah.
2. Syaitan. Senjatanya kenyang dan penjaranya lapar.
3. Nafsu. Senjatanya tidur dan penjaranya berjaga malam.
4. Hawa (nafsu). Senjatanya bercakap dan penjaranya diam.

Kelima : Didikan di Rumah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap anak kahir dalam keadaan fitrah. Kedua-dua ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menyahudikannya, mengkristiankannya atau memajusikannya." (Riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan al-Tabarani)

Keenam : Persekitaran dan Masyarakat

Pepatah Arab ada menyebut: "Siapa yang membesar dalam keadaan tersebut, nescaya dia akan terpengaruh".
Syeikh Soleh al-Uthmain dalam Syarah Riyad al-Salihin berkata: "Orang alim telah menunjukkan negeri yg penduduknya beribadah kepada Allah dan seolah-olah tempat asalnya tempat yang kufur. Justeru disuruh berhijrah ke negeri di mana penduduknya beribadah kepada Allah itu."

Ketujuh : Pemimpin dan Ketua Masyarakat

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Manusia atas agama raja-raja mereka."
Di sini jelas bahawa rakyat jelata amat terkesan dan terpengaruh dengan segala tingkah laku, perbuatan dan sikap pemimpin. Jika baik pemimpin maka baiklah rakyatnya dan jika tidak baik pemimpin itu sudah tentu membawa kepada masalah.

 Di atas ini merupakan punca2 kepada masalah yg berlaku pd hari ini....jgn menyalahkan org lain atas segala perbuatan kita tetapi salahkan diri kita terhadap apa yg berlaku....marilah kita renungkan diri kita ini dan perbetulkannya supaya dpt membangunkan negara dan agama yg tercinta ini......

1 comment:

  1. wehh/....hahahha..nice post..hehe...nk insaf daa..huhu..but.b4 that jngn lupe,follow aku yee..hehe....

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes