Uploaded with ImageShack.us

Monday, December 6, 2010

kIsaH UmAR.....

Bismillahirrahmanirrahim......

Hari ni nak bercerita sedikit 1 kisah yg pernah berlaku pd zamzn khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kisahnya bermula.....

Pada suatu hari,seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kpd bapanya serta lupa kpd hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab: "Wahai Amir al-Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?" Umar menjawab: "Ya".

Dia bertanya lagi :"Apakah ia wahai Amir al-Mukminin?"

Jawab Umar: "Memilih ibunya, memberikan nama yg baik dan mengajarnya al-Kitab."



Ajarlah anakmu membaca al-Quran walaupun sepotong ayat.

Anak itu berkata: "Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya bapa saya tidak pernah melakukan 1 pun perkara tersebut! Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang
Majusi. Saya pula dinamakan "Ju'alan"(sejenis kumbang biasa, hitam). Dia juga tidak pernah mengajarkan saya walau 1 huruf pun dari al-Quran."

Umar lantas berkata kpd bapa itu: "Kamu telah mengadukan kederhakaan anak kamu walhal kamulah yg telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."

Begitulah, Sayidina Umar meletakkan kesalahan kpd si bapa, lantaran kecuaiannya mendidik si anak itu......

2 comments:

  1. salam..thanks atas informasi..tapi kalau yulisan tu bagi besar sket lagi kaw2..kecik2 ni susah nak bace lah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. wslm....hehehe...ok...
    insya'ALLAH sy akan perbetulkan...
    terima kasih atas teguran itu....
    smoga diberkati ALLAH selalu...
    ~_~

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes