Uploaded with ImageShack.us

Sunday, November 28, 2010

aDAB kETiKa MaRAh......

Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan seorang lelaki: "Jangan marah." (Riwayat al-Bukhari). Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab2 yg mencetuskan marah n jgn melakukan sesuatu yg mengarah kepadanya.
  • Jangan marah kecuali kerana ALLAH. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah.' (Riwayat al-Bukhari)
  •  Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah.
  • Menahan marah. Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-NYA yang bermaksud: "....dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali 'Imran 3 : 134)
  • Berlindung kepada ALLAH ketika marah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang yang marah mengucap 'A'uzubillah' (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya." (Riwayat Ibn 'Adi)
  • Diam. Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Baginda s.a.w.: "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seseorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam."
  • Mengubah posisi. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. apabila marahnya tihak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
  • Berwuduk. Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkan marah dengan wuduk.
  • Bersabar dan memaafkan. Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud fiman Allah: "Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf." (Surah al-Syura 42 : 37)
  • Jangan berdendam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar." (Surah al-Nahl 16 : 126)

1 comment:

  1. salam,congrats ats post yg bermanfaat...keep it up..=)

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes